Penerangan
Program Audit Industri Hijau pada tahun ini (2022) memfokuskan kepada industri fabrikasi logam dan juga industri berasaskan kertas. Zon Utara dipilih untuk industri berasaskan kertas dan zon selatan dipilih untuk industri fabrikasi logam. Program audit ini adalah bukan audit penguatkuasaan, ia adalah lebih kepada melihat kesedaran pihak industri dalam mengamalkan amalan industri hijau di dalam industri mereka. Amalan industri hijau merujuk kepada amalan menyeluruh dalam semua aspek di dalam industri dan bukan hanya merujuk kepada pemprosesan industri tersebut sahaja.
Bagi program audit ini jururunding telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi menjalankan projek ini bersama - sama dengan pejawai JAS dari Ibu Pejabat dan Negeri - negeri yang terlibat. Bagi proram ini negeri zon utara yang terlibat adalah dari negeri Pulau Pinang dengan 3 buah premis terpilih, negeri Kedah dengan 2 premis terpilih. Bagi zon selatan pula negeri- negeri yang terlbat adalah negeri Johor dengan 3 premis terpilih dan negeri Melaka dengan 2 premis terpilih. Jumlah keseluruhan premis yang dipilih adalah 10 buah premis.
Melalui hasil daripada program audit industri hijau ini, satu garis panduan amalan industri hijau bagi setiap industri yang terlibat akan di hasilkan bagi memberi panduan kepada premis - premis yang berada dalam golongan industri tersebut untuk mengamalkan amalan industri hijau.
Audit Industri Hijau ke premis Muda Paper Mill di Pulau Pinang telah dijalankan pada 29 jun 2022