Penerangan
27 JULAI 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan dan Perbadanan Labuan telah dijemput bagi program Kitar Semula Sisa Pepejal dan Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (e-waste) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 anjuran Vantage Energy Group WP Labuan.
Program telah dihadiri oleh Dato' Dr. Hj. Osman Bin Che Jusoh, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan, En. Mohd. Maliki Mohd. Razali, Wakil Pengurusan Vantage Energy Group dan Pn. Gwendolyne Christopher, Timbalan Pengarah JAS WP Labuan.
Seramai lebih daripada 70 peserta telah menghadiri program ini yang telah diadakan secara hibrid dengan 30 lebih 30 peserta hadir secara fizikal dan 40 peserta telah hadir secara atas talian daripada Kuala Lumpur, Brunei Darussalam dan Kemaman, Terengganu.
Hasil kutipan e-waste ini telahh ditimbang dan berat terkumpul e-waste tersebut adalah sebanyak 66.4 kilogram.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari