Penerangan
PERLIS, 30 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Ts. Mohamad Fitri bin Said telah mempengerusikan sesi penutupan Audit Kualiti Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang telah dilaksanakan di JAS perlis bermula pada 29 hingga 30 Ogos 2022. Pegawai audit yang dilantik terdiri daripada pegawai dari JAS Pulau Pinang dan Ibu Pejabat. Pengauditan ini memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001:2015 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memperolehi Sijil MS ISO 9001:2015 bagi kedua-dua skop tersebut dan salah satu program yang perlu dilaksanakan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001:2015 adalah Audit Kualiti Dalaman.
JAS Negeri Perlis sentiasa komited dalam menjayakan Audit Kualiti Dalaman ke atas Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Bil 1/2022.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2022