- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED ZLNG PROJECT (FLNG FACILITY, ONSHORE GTG, ONSHORE FACILITY) IN SIPITANG OIL AND GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP), SIPITANG, SABAH
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 01/09/2022
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED ZLNG PROJECT (FLNG FACILITY, ONSHORE GTG, ONSHORE FACILITY) IN SIPITANG OIL AND GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP), SIPITANG, SABAH” ???
?? Tarikh: 29 Ogos 2022 (Isnin)
? Masa: 9.00 Pagi - 12.45 Tengahari
?? Tempat: Hybrid Meeting
1. Secara Fizikal: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Negeri Sabah, Kota Kinabalu
2. Secara Maya: Pautan Google Meet
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Amirul Bin Aripin, Pengarah JAS Sabah
?? Agenda Mesyuarat:
?? Perutusan Pengerusi;
?? Taklimat oleh Penggerak Projek/Jururunding;
??????? Penggerak Projek: PETRONAS Berhad
??????? Jururunding EIA: Chemsain Konsultant Sdn. Bhd.
?? Perbincangan mengenai Laporan EIA yang dikemukakan;
?? Hal-hal lain; dan
?? Rumusan Mesyuarat
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal dan atas talian oleh seramai 44 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA Kemaskini yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, PETRONAS Berhad dan pihak jururunding EIA, Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pembinaan loji pengeluaran LNG dengan kapasiti pengeluaran 2.0 MTPA dan loji janakuasa (GTG) berkapasiti 100 MW.
3?? Sebanyak 27 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan daripada JAS Sabah.
4?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat dalam tempoh sepuluh (10) hari iaitu selewat-lewatnya pada 13 September 2022.
5?? Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan Laporan EIA boleh dipertimbangkan untuk kelulusan tertakluk kepada Laporan EIA Kemaskini dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan telah lengkap serta memenuhi garis panduan JAS.