Penerangan
Lawatan Kerja YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Malaysia ke Daerah Beaufort dan Pejabat JAS Cawangan Beaufort ???????????
25 Ogos 2022, Beaufort ??
???? YBrs. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Beaufort untuk melawat cadangan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Berpusat Pantai Barat Selatan, Sabah yang terletak di Kg. Lumat, Beaufort. Laporan EIA bagi projek berkenaan telah ditolak pada 10 Jun 2021 kerana lokasi tapak yang terletak di kawasan tanah gambut, kawasan terdedah banjir dan bersebelahan dengan Hutan Simpan Binsuluk Kelas I.
?? Tujuan lawatan tapak projek adalah untuk mengenalpasti dan menilai keadaan & situasi semasa di tapak dan seterusnya mengenalpasti option yang boleh dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan JPSPN dari segi kesesuaian tapak, teknologi dan rekabentuk kejuruteraan yang boleh diaplikasikan bagi memastikan impak kepada pencemaran alam sekitar dapat dikurang dan diminimakan.
?? YBrs. Dr. TKPP juga sempat berkunjung ke Pejabat JAS Beaufort yang bertempat di Beaufort Sentral dan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan JAS Beaufort serta mendengar sebarang isu atau masalah yang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan di sana.