Penerangan
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Alam Sekitar & Air (KASA) ke Projek Di Bawah Seliaan JPS untuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog,Sabah dan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tebongon,Putatan ????
Tarikh : 25 Ogos 2022
Penganjur : JPS
Kehadiran JAS : PP(K) RD, PP JJJ
??????? YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan lembangan Sg.Moyog di mana kerja-kerja membina dan menaiktaraf parit 18A dijalankan. Projek bermula pada tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2023 dengan kos berjumlah RM51,832,235.39. Setakat Ogos 2022, 77.96% daripada keseluruhan projek telah berjaya disiapkan.
??????? YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman turut membuat lawatan kerja ke projek rancangan tebatan banjir di Sg.Tebongon, Putatan yang telah hampir 97% berjaya disiapkan. Satu kejayaan yang harus diberi pujian.
?? Diharapkan agar kedua-dua projek ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan Penampang dan Putatan.