PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Majlis Perhimpunan Bulanan JAS Sabah Bil.2/2022

DOE Sabah 01/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Perhimpunan Bulanan JAS Sabah Bil.2/2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
01/09/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

Majlis Perhimpunan Bulanan JAS Sabah Bil.2/2022 ???: 19 Ogos 2022(Jumaat) ?: 2.30 - 4.00 petang ??: Bilik Sipadan/Hybrid ??: Program telah dihadiri oleh warga JAS Sabah termasuk JAS Cawangan Sandakan, Tawau & Beaufort. Amanat Pengarah 1. Penguatkuasaan JAS Sabah menunjukkan tahap profesionalisme yang baik. Ini penting dalam melaksanakan tugas secara berkesan, amanah dan berintegriti agar Jabatan dihormati oleh masyarakat dan negara. 2. OPS yang dijalankan membawa impak positif dalam penguatkuasaan JAS Negeri. Setiap penguatkuasaan yang dijalankan perlu mengikut SOP, ATOP serta Garispanduan yang ditetapkan. 3. Ucapan penghargaan terhadap penglibatan dalam Operasi Bersepadu contohnya penglibatan Unit Kenderaan Bermotor dalam operasi yang dijalankan tanpa mengira waktu dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. 4. Kebajikan pegawai-pegawai JAS menjadi keutamaan Jabatan dengan mengambilkira peruntukan kewangan dan keupayaan semasa Jabatan. Dasar Penjimatan Jabatan menjadi cabaran kepada setiap pegawai dalam menjalankan tugasan. Aktiviti penguatkuasaan perlu disesuaikan dengan keadaan kewangan semasa. Kes-kes aduan kecemasan masih perlu disiasat di lapangan. 5. Keadaan cuaca panas semasa menunjukkan peningkatan jumlah hotspot di negara jiran (Kalimantan). Walaubagaimanapun, ramalan cuaca oleh METMalaysia menyatakan tiada kejadian jerebu merentas sempadan berdasarkan arah tiupan angin dan keadaan ramalan cuaca setempat di Negeri Sabah. Program kesedaran larangan melakukan pembakaran terbuka di Sabah perlu diteruskan. 6. Jalinan Kerjasama dengan agensi kerajaan negeri menunjukkan perkembangan yang positif sebagai contoh pengurusan kumbahan dibawah pengurusan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) untuk menyelesaikan isu kumbahan di Sabah. Usaha yang berterusan perlu dijalankan walaupun pengurusan kumbahan di Sabah agak ketinggalan. 7. Ucapan terima kasih kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang sentiasa berusaha mentadbir masalah pengurusan kewangan Jabatan. Tuan pengarah berharap agar kes-kes lepas yang terlepas pandang dapat diselesaikan dengan seadanya. 8. Terdapat perkembangan positif dalam penggunaan ICT. Sebagai contoh penggunaan aplikasi mesyuarat atas talian yang telah menjadi rutin setiap kakitangan JAS pada bila-bila masa. Penggunaan Dron seumpamanya membantu dalam penguatkuasaan. 9. Program-program kesedaran yang dijalankan dengan penglibatan kakitangan JAS sangat memberangsangkan. Sebagai contoh penganjuran program kesedaran di Kg. Long Pasia yang begitu mencabar telah menjadi contoh kepada JAS di negeri lain. 10. Pengukuhan Penjawatan bagi JAS di Borneo telah dibentang semasa Mesyuarat Pengarah-pengarah sebelum ini. Diharap terdapat perkembangan positif yang akan dimaklumkan oleh KPAS semasa Mesyuarat Pengarah-pengarah yang akan dijalankan pada 05 September 2022. 11. Semua kakitangan JAS Sabah dimaklumkan berhubung Dasar Penjimatan Jabatan. 12. Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai JAS Sabah yang menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat. Muda-mudahan ada pegawai yang berjaya dalam temuduga tersebut. 13. Usaha untuk mengisi kekosongan jawatan di JAS Sabah akan diteruskan. Buat masa ini, permohonan untuk pertukaran dalaman di JAS Sabah tidak dapat dipertimbangkan. Ini adalah untuk memberi ruang kepada pengurusan MyPortfolio, SKU yang perlu diseleraskan di dalam sistem HRMIS sebelum 30 September 2022. 14. Pengerusi mengumumkan penglibatan JAS Sabah dalam pelancaran Program Flag-Off Kembara Merdeka sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2022. Diharap semua kakitangan JAS dapat sama-sama menyemarakkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan ini. 15. Peringatan terhadap isu-isu berulang berkaitan pengurusan kewangan di Jabatan berhubung teguran kementerian yang merangkumi pengurusan perolehan, perbelanjaan, pengurusan aset dan stor, pengurusan kenderaan jabatan yang perlu diurus mengikut panduan yang diberikan oleh kementerian. 16. Penggunaan sepenuhnya sistem DTA untuk merekod kehadiran bermula 01 September 2022. Penggunaan Kad Kuning tidak lagi digunakan selepas 01 September 2022. Setiap pegawai perlu mengemaskini kehadiran dalam DTA dan perlu disahkan dalam bulan semasa bagi mengelakkan kemaskini kehadiran dapat dicerap oleh ibu pejabat. 17. Bermula 20 – 28 Ogos 2022, JAS Sabah dengan Kerjasama Bahagian Komunikasi Strategik Ibu Pejabat akan menjadi urusetia Pertandingan Debat Alam Sekitar Ke-28. Program ini akan diadakan di UMS yang melibatkan sebanyak 26 IPT/IPTS. Dimohon penglibatan semua kakitangan JAS Sabah dalam program ini. Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan 1. Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2020 dan 2021. 2. Sijil Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Bersama TYT YDP Negeri Sabah Tahun 2022. 3. Sijil AJK Penyediaan Dokumen Pengukuhan JAS Tahun 2022 4. Sijil Penghargaan Bengkel Integriti JAS Bersama JPA dan SPRM Peringkat Zon Borneo. 5. Sijil Kompetensi CEPSWASP 6. Sijil Kompetensi Tatacara Persampelan dan Pengawetan Efluen 7. Sijil Kursus CEPBFI 8. Sijil Kompetensi dalam Pengendalian dan Pengukuran Alat Pengukuran Meter Gas, Asap dan Bunyi Bising bagi Motosikal. 9. Sijil Penghargaan Program CEPA di Long Pasia, Sipitang. Penyampaian Sumbangan Kelab JASaba. 1. Sumbangan kelab kepada ahli yang menimang cahaya mata bagi tahun 2022; 2. Sumbangan kelab kepada ahli yang dimasukkan ke wad. Pengumuman: 1. Tuan Pengarah merakamkan ucapan tahniah kepada kelab JASaba yang berjaya mengadakan Seminar Pertama bagi tahun 2022. 2. En. Fauzi mewakili Kelab JASaba memaklumkan Seminar Kedua anjuran kelab dirancang untuk dijalankan pada 7&8 November 2022.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan