Penerangan
?? BENGKEL LIBAT URUS KAJIAN CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PROFESSIONAL ALAM SEKITAR SABAH (L-PASS) BIL. 1/2022 ??
?? Tarikh: 18 Ogos 2022 (Khamis)
? Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Hilton Hotel, Kota Kinabalu
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: KPP YY & PP FM
?? Ringkasan Output Bengkel:
?? Pihak ERE Consulting Group Sdn Bhd sebagai Jururunding yang dilantik bagi Kajian Cadangan Penubuhan Lembaga Professional Alam Sekitar Sabah (L-PASS) telah membentangkan hasil kajian awal yang telah dilaksanakan.
?? Penubuhan L-PASS ini adalah usaha untuk membangunkan satu badan kumpulan profesional alam sekitar yang cekap bagi memastikan asas objektif pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Sabah dapat dicapai dengan baik.
?? Antara isu yang telah dikenalpasti hasil kajian awal adalah melibatkan perkara perlembagaan persekutuan yang mana "Professional Occupations" termasuk dalam "Federal Lists" dalam senarai kuasa legislatif (perundangan).
?? Terdapat juga isu pertindihan fungsi dan kuasa sekiranya lembaga yang menjalankan fungsi dan kuasa yang sama ditubuhkan di peringkat Negeri dan Persekutuan serta akan menyukarkan pihak 'Environmental Professionals / Practitioners".
?? Hasil kajian awal yang dibentangkan juga melibatkan kajian berkaitan draf undang-undang, cadangan yuran/fi individu dan firma, skop perkhidmatan perundingan, senarai profesional alam sekitar, struktur pentadbiran, keperluan kewangan & infrastruktur, komponen dan komposisi ahli lembaga L-PASS.