Penerangan
BENGKEL DAN TAKLIMAT PANEL HAKIM SECARA MAYA BAGI PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT KALI KE-28 TAHUN 2022
Sempena dengan Debat Alam Sekitar kali ke-28 ini, barisan panel hakim telah dilantik yang terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Universiti (MADUM), pegawai Dewan Bahasa Dan Pustaka dan pegawai Jabatan Alam Sekitar
Sehubungan dengan itu, taklimat Panel Hakim Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT Kali ke-28 Tahun 2022 yang bertujuan supaya para hakim dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa, kaedah membuat penilaian markah secara tepat dan menyeluruh semasa menghakimi Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT yang akan berlangsung bermula 20 Ogos ini.
Taklimat kepada panel telah diadakan pada ??? 16 Ogos 2022, Selasa bermula ? pada jam 9.00 - 4.30 petang secara dalam talian ??
Pegawai dari JAS Sabah yang telah dilantik sebagai panel Hakim Debat Kali ke-28 ini adalah berikut:-
????Pengarah Amirul Aripin
??????? Timbalan Pengarah John Anak Rampai
??????? Ketua Penolong Pengarah Yaras Yusup
??????? Puan Melissa Joseph James
???? Puan Roslina Diwa
??????? Puan Chai Hsieh Nee
Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) iaitu En. Vitalis Moduying berserta Dr. Susan Pudin juga telah dijemput menjadi hakim bagi Debat yang akan diadakan pada 20 - 21 Ogos, 25 Ogos dan 27 Ogos 2022
Diharapkan majlis dan program ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan