Penerangan
Mesyuarat Semakan Semula Stesen Pengawasan Kualiti Udara Bersama JAS Negeri ?????????????
Bahagian Udara JAS Ibu Pejabat sedang dalam mengemaskini program Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP) bagi komponen udara dan salah satu aktiviti yang perlu dikemaskini adalah dengan membuat semakan semula stesen pengawasan kualiti udara automatik dan manual di seluruh Malaysia.
Satu mesyuarat dan perbincangan bagi semakan semula stesen pengawasan kualiti udara telah diadakan pada ??? 16 Ogos 2022, Selasa bermula ? pada jam 9.30 - 11.30 pagi secara dalam talian ??
?? Perkara yang ingin dimaklumkan
?? JAS HQ mohon penjelasan lanjut bagi stesen Kota Kinabalu yang dikategorikan sebagai Sub-Urban.
CHN telah jelaskan berkaitan jarak/lokasi di antara Putatan vs KK. JAS HQ mohon semakan semula stesen Kota Kinabalu kerana stesen terletak di kawasan Putatan, jadi ia tidak menggambarkan kualiti udara di KOTA KINABALU yang sepatutnya dikategorikan sebagai Urban
?? JAS HQ juga mohon pandangan sekiranya stesen di SMK Gunsanad, Keningau masih sesuai dikategorikan sebagai Background/Baseline memandangkan bacaan IPU tidak serendah seperti sebelum ini.
?? Buat masa ini, memang tidak ada tambahan stesen yang boleh dimohon kerana ia melibatkan konsesi 15 tahun dalam kontrak. Sekiranya ada peruntukan tambahan dalam konteks Resolusi Pertambahan Fasiliti, JAS Negeri akan dimaklumkan.