Penerangan
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos 2022, - TNB Kuala Terengganu telah mengambil inisiatif dalam menggerakkan segala sumber ke arah mencapai sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke arah kelestarian alam sekitar.
Komitmen ini diterjemahkan melalui kempen pengumpulan e-waste yang berjaya dianjurkan oleh seluruh warga TNB Kuala Terengganu.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen dan sokongan dalam melestarikan alam sekitar di negeri ini.