PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 13 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda bagi memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. OMPT dan rondaan ini telah dijalankan sekitar Wakaf Mempelam, Wakaf Tapai, Bukit Payung, Bukit Sawa, Ajil, Kuala Berang, Tajin, Bukit Lawit, Kuala Ping, Jeneris, Teris, Gong Badak dan Ibrahim Fikri mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kampung Binjai Bongkok dan Kampung Padang Mengkuang iaitu pembakaran terbuka sampah sarap bersaiz kecil di kawasan kejiranan. Amaran dan edaran risalah larangan pembakaran terbuka turut diedarkan kepada penduduk terlibat. Selain itu, pemantauan ke atas tapak pelupusan sampah di Batu 23, Kuala Berang dan premis-premis yang beroperasi di kawasan perindustrian Wakaf Tapai, Kawasan Perindustrian Ajil dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor mendapati tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan