Penerangan
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos 2022- Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyertai operasi bersepadu, Bunyi Bising Kenderaan Motor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontigen Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.
Operasi selama 2 hari ini, yang bermula pada 30 Julai hingga 31 Julai 2022 melibatkan ratusan motosikal pelbagai kategori disaring dan diperiksa.
Hasil operasi ini, sebanyak 30 buah motosikal menjalani ujian visual dan 18 buah motosikal menjalani ujian meter.
Daripada jumlah tersebut, 17 kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan di bawah Peraturan 4 (2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan 1 notis arahan di bawah Seksyen 48A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Terengganu sentiasa menasihati pemilik motosikal supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan terhadap pemilik yang ingkar.