PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 27 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda bagi memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan bagi mencegah dan memantau punca-punca pencemaran ini, melibatkan kawasan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Tiada pembakaran terbuka dikesan. Pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan kawasan di Sungai Tong dan Gong Medang. Tindakan proaktif dengan memasng banner “Larangan Pembakaran Terbuka” telah dilakukan bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah akan kesalahan tersebut. Di samping itu juga, Tapak Pelupusan Sampah Air Sejuk. Kilang-kilang di kawasan Perindustrian Gong Medang dan Kawasan Perindustrian Gong Badak juga dipantau. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan. Pemantauan juga dilakukan di sekitar Pantai Lembah Bidong, juga tidak menemui sebarang kesan pencemaran yang berpunca dari “Tar Ball”, di kawasan tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan