PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGAAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN, MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN DEMI KELESTARIAN ALAM SEKITAR

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGAAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN, MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN DEMI KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, TERENGGANU, 27 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda serta memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. OMPT, rondaan dan pemantauan punca-punca pencemaran ini telah dijalankan di sekitar Kijal, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Bakau Tinggi Chukai, Jakar dan Mak Chili, tiada aktiviti pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun ,pemasangan banner telah dibuat di kawasan Mak Chili, susulan penemuan longgokan sisa pembersihan kawasan yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Tindakan proaktif ini diambil bagi mencegah aktiviti tersebut diteruskan oleh individu yang terlibat. Rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan klang-kilang dan kawasan perumahan ini serta kampung-kampung ini juga tidak mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan. JAS sentiasa memohon kerjasama semua pihak agar sentiasa berkerjasama dalam membenteras dan membasmi pencemaran yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengambil ringan berhubung isu-isu pencemaran alam sekitar. Slogan “Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama “ harus dipraktikan dalam kehidupan seharian kita.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan