Penerangan
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos 2022 – YBrs. Encik Ridhuwan bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, dan juga Ketua Unit EIA, Bahagian Pembangunan , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Keperluan penyediaan dokumen EMP ini, tertakluk di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Dokumen ini merupakan antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi dan disediakan oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek.