PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PELANCARAN PROGRAM PENGUMPULAN HOUSEHOLD E-WASTE OLEH TNB TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PELANCARAN PROGRAM PENGUMPULAN HOUSEHOLD E-WASTE OLEH TNB TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik dari Isi Rumah (Household E-Waste) yang telah dianjurkan oleh TNB Kuala Terengganu. Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh TNB Kuala Terengganu ini dalam menggerakkan segala sumber ke arah mencapai sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dalam melestarikan alam sekitar amat disokong oleh JAS. Kempen pengumpulan e-waste yang berjaya dianjurkan oleh seluruh warga TNB Kuala Terengganu ini merupakan komitmen syarikat korporat di Negeri ini dalam memastikan pengurusan e-waste berada pada tahap yang memuaskan dan selamat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen dan sokongan dalam melestarikan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan