Penerangan
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 31 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda bagi memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, meskipun, hari ini merupakan cuti umum.
Pemantauan punca-punca pencemaran ini, telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kawasan ws Perindustrian Gong Badak, Lembah Bidong, Jelapang, Telaga Papan, Bukit Putera dan Permaisuri.
Walau bagaimanapun, pasukan penguatkuasa telah menemui beberapa longgokan sisa-sisa pokok, hasil pembersihan, di kawasan Bukit Putera. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang, sebagai langkah pencegahan agar penduduk sekitar dan pemilik tanah, peka akan larangan dan kesalahan tersebut.
Hasil pemantauan ini, tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.