Penerangan
KEMAMAN, 31 Ogos 2022, Hari ini, cuti umum, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 65, Malaysia.
Rondaan, pemantauan dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) terus dijalankan oleh pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman yang melibatkan kawasan Chukai, Geliga, Jakar, Gong Limau, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer, Kertih.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Tinjauan melalui udara, turut dilakukan dengan menggunakan peralatan drone di sekitar kawasan Geliga dan Kuala Kemaman. Melalui tinjauan ini, tidak mengesan sebarang kejadian yang abnormal.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu
#jascawkemaman