Penerangan
OMPT DAN RONDAAN PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 26 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil OMPT dan pemantauan, yang melibatkan sekitar Kuala Ibai, Chendering, Marang, Dungun dan Paka, didapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Kg Tertak Batu, daerah Marang dan Kawasan Perindustrian Batu 7, daerah Dungun mendapati tiada pencemaran udara dan air disekitar lokasi tersebut dikesan.
Pasukan rondaan membuat pemantauan pencemaran air di kawasan pantai Kampung Jambu Bongkok, juga didapati tiada sebarang pencemaran tarball dan tumpahan minyak dikesan.