Penerangan
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 20 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda bagi memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
OMPT dan rondaan yang melibatkan pemantauan punca pencemaran sekitar Batu Burok, Chendering, Kuala Ibai, Wakaf Mempelam, Bukit Payong, Rusila dan Merchang didapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan dan pemerhatian punca pencemaran di kawasan penempatan kilang –kilang di Kawasan Perindustrian Chendering, daerah Kuala Terengganu dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor, daerah Marang mendapati tiada kes-kes yang mencurigakan dikessan dan ditemui.