PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 12 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda bagi memantau punca-punca pencemaran  di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. OMPT dan rondaan ini telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Ibai, Chendering, Rusila, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun dan Paka. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Pemantauan ke atas punca-punca pencemaran juga turut dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang, kawasan perumahan dan kampong-kampung serta di tapak pelupusan sampah, tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Pemantauan di sekitar kawasan perairan Pantai Kuala Abang, Dungun juga turut dilakukan, dan didapati tiada pencemaran 'tarball' atau minyak dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan