Penerangan
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 6 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan rondaan memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
OMPT dan rondaan ini telah dijalankan di sekitar daerah Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Gong Badak, daerah Kuala Nerus, Lembah Bidong dan Saujana, daerah Setiu, Tempinis dan Paya Rawa , daerah Besut. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Semasa operasi ini juga, beberapa longgokan sisa-sisa pokok daripada aktiviti pembersihan tanah ditemui di kawasan Gong Medang, daerah Besut. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dilakukan bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah akan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 29A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi dan rondaan ini juga melibatkan kawasan penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan, premis industri dan tapak pelupusan sampah.Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang rondaan dan pemantauan ini.