PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MEMANTAU PUNCA-PUNCA PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MEMANTAU PUNCA-PUNCA PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, TERENGGANU, 26 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda serta memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi mencegah pembakaran terbuka, meronda dan memantau punca-punca pencemaran ini telah dijalankan di Gong Limau, Gong Pauh, Kg.Besut, Kg.Sg Terjun, Teluk Mengkuang, Teluk Kalong, Kijal, Bakau Tinggi, Kg.Paya dan Kg.Banggol Kanan, Hasil rondaan dan pemantauan ini,tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan. Pemantauan operasi kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong juga mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan