Penerangan
KEMAMAN, TERENGGANU, 19 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan meronda serta memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi mencegah pembakaran terbuka, meronda dan memantau punca-punca pencemaran ini juga turut menggunakan peralatan drone bagi memantau punca-punca pencemaran dari udara.
Pemerhatian punca-punca pencemaran telah dijalankan di Gong Limau, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer, Kertih.
Hasil operasi, rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan kampung-kampung dan taman perumahan serta kawasan penempatan kilang-kilang ini didapati tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yng mencurigakan dikesan.