PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT  EIATRC BAGI CADANGAN PROJEK DI DAERAH SETIU

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT  EIATRC BAGI CADANGAN PROJEK DI DAERAH SETIU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 23 Ogos 2022 – YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu telah mempengerusikan MESYUARAT EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC) bagi cadangan projek EIA di daerah Setiu, Terengganu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC. Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perkara berkenaan impak di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi kepada persekitaran projek cadangan dan orang awam. Penilaian ini dapat membantu dalam mengenal pasti, meramal dan menilai impak cadangan pembangunan bagi mencegah, mengawal, mengurangkan pencemaran serta memperincikan langkah-langkah kawalan sebelum laporan EIA ini diluluskan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan