Penerangan
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos 2022, Penglibatan SMK Tapu dalam menyokong usaha-usaha Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara mesra alam patut dipuji.
Komitmen dan usaha ini dibuktikan melalui kempen yang telah dilaksanakan di sekolah berkenaan yang melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua, guru-guru dan seluruh warga SMK Tapu di atas komitmen dan usaha-usaha dalam melestarikan alam sekitar, di peringkat sekolah berkenaan.