Penerangan
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos 2022, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Kuala Terengganu, Tuan Haji Abdul bin Abdullah, telah mengetuai program pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) bersama guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menyokong usaha-usaha Jabatan Alam Sekitar , di negeri ini.
Penglibatan semua warga SMK Bukit Besar ini, diharap menjadi contoh kepada semua pihak dalam menyokong usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam, dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua, guru-guru dan seluruh warga SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu di atas komitmen dan usaha-usaha dalam melestarikan alam sekitar, di peringkat sekolah berkenaan.