PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENYERTAAN JAS TERENGGANU DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JAS TERENGGANU DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos 2022, YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Penngarah, Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu (JAS) telah hadir ke program Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Bukit Bubus , Besut, Terengganu hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Infrastruktur , Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau, Negeri Terengganu. Sungai Besut, di Bukit Bubus, menjadi pilihan bagi menjayakan program sambutan ini. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan yang melibatkan jemputan yang hadir dan komuniti setempat. Program sambutan ini juga merupakan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam mempergiatkan aktiviti pemeliharaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dalam kelestarian sungai kita.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan