Penerangan
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos 2022, - Penglibatan dan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir,KRT KG Batin Perdana, JPKK Kg. Batin, PEDi Telaga Daing, dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan syarikat KT Wan Recycle Sdn. Bhd. telah Berjaya menganjurkan Program Pengumpulan e-waste pada hari ini, bertempat di Perkarangan Dewan Serbaguna Taman Batin Perdana , Kampung Batin, Kuala Nerus.
Hebahan yang bermula sejak awal Ogos 2022 lalu, telah menarik orang awam yang mendiami kawasan taman perumahan dan sekitarnya hadir bagi menyokong usaha-usaha ini dan hasilnya sebanyak 1,480 kg e-waste berjaya dikumpulkan..
Komitmen yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak diharap akan terus dapat memastikan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) ini dapat diuruskan dengan baik dan selamat
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen dan sokongan semua pihak dalam melestarikan alam sekitar di negeri ini.