Penerangan
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2022, - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa membuka ruang unrtuk pihak industri mengadakan sesi perbincangan bagi mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong pengarah, Bahagian pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi perbincangan bagi memberi khidmat nasihat ke atas cadangan pembangunan projek yang tertakluk di bawah Akta berkenaan.
JAS Terengganu sentiasa terbuka dan tidak akan menghalang sebarang projek pembangunan dan industri yang memenuhi keperluan garis panduan dan Akta yang ditetapkan.