Penerangan
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menetapkan, setiap hari khamis diadakan majlis bacaan Yassin bersama seluruh warganya.
Pada majlis ini juga , Tuan Pengarah, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman akan memberi amanat kepada seluruh warga JAS Terengganu untuk terus mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan bertugas yang perlu dilaksanakan.
Beliau juga turut memberi ruang kepada seluruh warga JAS Terengganu untuk membincangkan sebarang isu berkaitan dengan perkhidmatan dan kebajikan dalam memastikan produktiviti perkhidmatan Jabatan terus mantap.