Penerangan
10 Ogos 2022, Pontian - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama SMK Telok Kerang, Pontian, Johor telah mengadakan program pendidikan & kesedaran yang melibatkan penyertaan para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut.
Objektif program ini adalah bagi mendedahkan para pelajar dan guru-guru berkaitan kepentingan penjagaan tanah gambut khususnya dan alam sekitar umumnya selain memberi pengetahuan berkaitan langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut. Di antara program yang dijalankan adalah ceramah daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, ceramah daripada Bomba & Penyelamat Pontian dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama para pelajar sekolah tersebut.
Melalui pelaksanaan program ini, para pelajar dan guru diharap akan lebih cakna mengenai kepentingan tanah gambut selain bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.