Penerangan
4 OGOS 2022, Tanjung Piai - JAS Negeri Johor melalui Rakan Alam Sekitar (RAS) telah menyertai program penanaman anak pokok bakau dan gotong royong anjuran Bahru Stainless di Taman Negara Johor Tg Piai, Johor bersempena Pra Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN).
Program ini melibatkan penanaman sebanyak 200 anak pokok bakau di sekitar kawasan Taman Negara. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti gotong royong dan sebanyak 332 kg sampah telah berjaya dikutip semasa program tersebut.
Terima kasih kepada Bahru Stainless atas penganjuran program ini dan para peserta yang terlibat di atas usaha pemuliharaan alam sekitar kerana “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”