PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENILAIAN LAPANGAN DI PREMIS SARUNG TANGAN GETAH DI TELUK INTAN

DOE Perak 01/09/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENILAIAN LAPANGAN DI PREMIS SARUNG TANGAN GETAH DI TELUK INTAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/08/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

10 Ogos 2022, TELUK INTAN - Sebuah premis sarung tangan getah yang terletak di Teluk Intan telah menjalani sesi penilaian di lapangan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Barisan panel juri yang terdiri daripada YBrs Haji Rosli Bin Zul selaku Pengarah JAS Perak, wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta wakil MARGMA telah menjalankan sesi penilaian lapangan di sebuah premis tersebut. Penilaian di lapangan adalah perlu bagi memenuhi keperluan-keperluan premis yang menyertai Program Kilang Sarung Tangan Getah Lestari - Anugerah Alam Sekitar yang dianjurkan sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak, Tahun 2022. Program tersebut melibatkan 7 premis yang mendapat markah tertinggi dalam Penilaian Dokumentasi yang telah diadakan pada 27 hingga 28 Jun 2022 yang lalu. Kriteria penilaian termasuklah pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, OSHA 1994, fasiliti sistem kawalan pencemaran udara, sistem pengolahan efluen perindustrian, pengurusan buangan terjadual, persekitaran kerja selamat dan kondusif, lanskap, implimentasi teknologi dan budaya mesra alam, penjimatan & kecekapan tenaga, CSR dan program konservasi alam. Program Kilang Sarung Tangan Getah  Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan salah satu program utama sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2022.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan