Penerangan
25 Ogos 2022, Simpang Ampat, Pulau Pinang - JAS Negeri Perak telah menjalankan lawatan kerja sambil belajar ke premis Paramit Malaysia Sdn Bhd. Premis ini dikenalpasti mempunyai lanskap dan Green Building terbaik sehingga dikenali sebagai 'Factory in the forest' serta memenangi anugerah peringkat antarabangsa Leadership in Design, Commercial Award (2020 Asia Pacific Leadership in Green Building Awards).
Mengambilkira design yang mesra alam tersebut, pihak premis mampu menjimatkan sehingga 60% tenaga merangkumi penjimatan dalam aspek penyejukan suhu dalaman kilang, pencahayaan dan beberapa perkara lagi. Selain itu, pihak premis turut menyediakan tangki berkapasiti 400,000 liter bagi memperoleh kembali air hujan bagi tujuan sistem pengairan kawasan hijau di sekeliling kilang. Kilang ini dibangunkan dengan 30% adalah kawasan hijau/ tumbuhan. Melalui rain water harversting ini, premis telah membuat penjimatan penggunaan air yang berpunca dari pembekalan paip air terawat biasa.
Lawatan penanda aras ini sebagai platform pendedahan, pembelajaran dan untuk mendapatkan maklumat bagaimana elemen kelestarian alam sekitar dapat diimplimentasi di sektor industri agar ianya dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan program Penganugerahan Alam Sekitar di Negeri Perak.
Selain design mesra alam, suasana kerja yg dikelilingi flora yang indah telah mewujudkan persekitaran kerja yg kondusif kp warga premis serta pelawat
Lawatan kerja ini diketuai oleh Tn Haji Rosli bin Zul, Pengarah JAS Negeri Perak, Timbalan Pengarah dan ketua ketua program Anugerah Lestari.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos2022