Penerangan
29 Ogos 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima lapan (8) orang lantikan baharu bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 yang ditempatkan di beberapa JAS negeri dan cawangan diantaranya JAS Pahang, JAS Perlis, JAS Negeri Sembilan, JAS Pulau Pinang, JAS Melaka, JAS Cawangan Kemaman dan JAS Cawangan Rompin. Sesi lapor diri dan taklimat pengenalan telah diadakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan secara atas talian bagi mendedahkan pegawai baharu mengenai perkhidmatan awam dan mengenali JAS dengan lebih mendalam agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang untuk Jabatan.