Penerangan
8 Ogos 2022, Johor Bahru - Perhimpunan bulanan JAS Negeri Johor Bil 2/2022 telah diadakan pada hari ini. Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor dan dihadiri oleh ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan staf JAS Negeri Johor.
Perhimpunan ini turut disertai oleh semua staf-staf JAS di cawangan secara atas talian. Perhimpunan bulanan ini turut dimuatkan dengan agenda Majlis penyerahan lencana kepada juruterbang pesawat tanpa pemandu (DRON) JAS Negeri Johor.
Seterusnya sesi penyampaian cenderahati kepada pegawai JAS Negeri Johor yang akan berpindah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah integriti oleh Tuan Subahar, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan sesi ujian air kencing terhadap semua pegawai JAS Negeri Johor yang dikendalikan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.