PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN

DOE Johor 30/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/08/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Pasir Gudang, 3 Ogos 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan yang berasaskan makanan, berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dua (2) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan untuk menyemak semula dan melengkapkan rekod pemantauan prestasi SPEP dan mengemukakan semula Akuan Bertulis. Premis juga diarahkan untuk menyemak semula Lukisan Kejuruteraan Sebagaimana Binaan. Premis telah ditawarkan kompaun diatas ketidakpatuhan sebanyak RM 6,000 dibawah PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 & PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan tidak terhad kepada pelepasan akhir, tetapi juga sistem harus dipantau secara keseluruhan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan