PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG KIMIA DIKOMPAUN RM 310,000 GAGAL URUS BUANGAN TERJADUAL

DOE Johor 30/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG KIMIA DIKOMPAUN RM 310,000 GAGAL URUS BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/08/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

2 OGOS 2022, PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang mengeluarkan 155 kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 310,000 kepada pemilik premis sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Premis didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Premis berkenaan telah diarah untuk mengambil tindakan segera dengan memastikan semua sisa buangan terjadual yang dihasilkan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan. Sampel buangan daripada proses kilang telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan