Penerangan
Miri, 19 Ogos 2022 - Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dilaksanakan di sekitar kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut. Terdapat satu pembakaran tayar terpakai dikesan di sempadan Miri/Brunei (kawasan bukan tanah gambut) yang disyaki dilakukan oleh pencari barang lusuh. Kebakaran telah merebak ke kawasan belukar yang berhampiran dan pemadaman telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lopeng.
Keadaan cuaca yang panas dan kering dijangka akan berterusan sehingga September. Justeru itu, kerjasama dari semua pihak untuk tidak melakukan pembakaran secara terbuka dan melaporkan apa-apa kejadian kebakaran khususnya hutan tanah gambut kepada JAS, JBPM dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).
Adalah diingatkan bahawa kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikompaun RM2000 atau didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.