PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka Di Kawasan Tanah Gambut Sekitar Bahagian Miri

DOE Sarawak 29/08/2022 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka Di Kawasan Tanah Gambut Sekitar Bahagian Miri
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/08/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

Miri, 15 Ogos 2022 - Pemantauan melalui rondaan telah dilaksanakan sebagai salah satu langkah di dalam mencegah pembakaran terbuka terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut. Terdapat 3 pembakaran terbuka dikesan semasa rondaan dijalankan dan arahan pemadaman telah dikeluarkan serta-merta dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut mengawal pembakaran berkenaan. Keadaan cuaca yang panas dan kering dijangka akan berterusan sehingga September. Justeru itu, kerjasama dari semua pihak untuk tidak melakukan pembakaran secara terbuka dan melaporkan apa-apa kejadian kebakaran khususnya hutan tanah gambut kepada JAS, JBPM dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB). Adalah diingatkan bahawa kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikompaun RM2000 atau didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan