Penerangan
16 Ogos 2022, Kuching - Kunjungan hormat oleh Pengarah JAS Negeri Sarawak bersama beberapa pegawai dari JAS Negeri Sarawak kepada YB Dr. Hj. Hazland Bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTy) telah diadakan di pejabat MEESTy di Menara Pelita.
Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan Majlis Perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar Di Bawah Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 28 Ogos 2022.
Selain itu, turut dibincangkan kerjasama di antara JAS Negeri Sarawak dan MEESTy di dalam program-program lain berkaitan alam sekitar termasuk untuk meningkatkan bilangan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) di Sarawak.