Penerangan
20 Ogos, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah turut serta dalam Operasi Bersepadu Pembersihan Kuala Perlis yang telah diadakan di sekitar Kuala Perlis, Perlis. Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai agensi kerajaan.
Kawasan pembersihan telah dibahagikan kepada kawasan ‘hotspot’ yang telah dikenalpasti. Adalah diharapkan supaya aktiviti gotong-royong ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan demi untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Setinggi penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atas jalinan kerjasama yang diberikan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2022