Penerangan
26 Ogos 2022, KANGAR – Sesi libat urus bersama Ahli Lembaga Pengarah salah sebuah industri yang beroperasi di Perlis telah diadakan di pejabat Menteri Besar Perlis dan dipengerusikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Azlan bin Man.
Sesi ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Tuan Ts. Mohamad Fitri bin Said. Turut hadir adalah , YB Puan Asmaiza binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru
Pelancongan,Kebudayaan, Kesenian & Warisan merangkap ADUN Chuping.
Sesi libat urus ini membincangkan isu-isu berkaitan penambahbaikan dan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2022