Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERASMIAN KEM KESEDARAN RAKAN ALAM SEKITAR ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/08/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
MAJLIS PERASMIAN KEM KESEDARAN RAKAN ALAM SEKITAR ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022
24 Ogos 2022, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kem Kesedaran Rakan Alam Sekitar di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Seramai 60 orang peserta terdiri daripada guru-guru seluruh daerah Negeri Sembilan. Kem Kesedaran Rakan Alam Sekitar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.
Kem Kesedaran Rakan Alam Sekitar bertujuan membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Kem ini juga diadakan bertujuan untuk mempromosikan program dan penyertaan Rakan Alam Sekitar (RAS) yang diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar.