Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - KUTIP SAMPAH DAN RIADAH (KUDAH) DI PANTAI BATU 5, PORT DICKSON
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/08/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PROGRAM BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - KUTIP SAMPAH DAN RIADAH (KUDAH) DI PANTAI BATU 5, PORT DICKSON
24 OGOS 2022, Port Dickson- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan program KUDAH di Pantai Batu 5, Port Dickson.
Program ini melibatkan RAS dari pelbagai guru-guru seluruh daerah Negeri Sembilan. Program yang diadakan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai serta memupuk rasa cintakan alam sekitar. Persekitaran yang bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar.