PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROGRAM MINI KARNIVAL HARI TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA PRA PELANCARAN HARI OZON SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 29/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MINI KARNIVAL HARI TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA PRA PELANCARAN HARI OZON SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/08/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

27 OGOS 2022 (SABTU) Johan Setia, Klang Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Mini Karnival Hari Terbuka JAS Selangor 2022 sempena Pra Pelancaran Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia.Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mempromosikan pencegahan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan gambut di Negeri Selangor terutamanya di kawasan Johan Setia. Program yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Nor Aziah Binti Jaafar telah menyediakan beberapa aktiviti dan program yang menarik untuk disertai antaranya: • Gambut Fun Walk • Pameran • Demonstrasi pengawasan kualiti udara • Pemeriksaan Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang • Pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) • Kitar semula barang lusuh (plastik, tin aluminium) • Kitar semula minyak terpakai. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkkan dan telah disertai oleh murid Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia dan komuniti Johan Setia yang berdekatan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan