Penerangan
22 Ogos, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menghadiri program konservasi marin “Save Our Sea” yang bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pihak berkepentingan dan nelayan setempat mengenai kepentingan menjaga ekosistem hidupan marin dan keperluan menjaga kebersihan kawasan pesisiran laut yang secara tidak langsung menjaga alam sekitar.
Program anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perlis turut dilaksanakan bersama Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Trash Hero.
Program telah dirasmikan oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi dan Penyelarasan Penguatkuasaan Aduan Awam. Program ini turut diisi dengan sesi taklimat, demonstrasi pertolongan cemas, gotong-royong, penanaman pokok dan perasmian.
Setinggi penghargaan kepada Jabatan Perikanan atas jemputan dan jalinan kerjasama yang diberikan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2022