Penerangan
GEBENG, 22 Ogos 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menghadiri lawatan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Bin Hussin. Turut serta dalam lawatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Alam Flora Sdn Bhd, SWCorp Malaysia dan wakil GISG telah mengadakan lawatan ke tapak projek naiktaraf jalan kawasan industri Gebeng, kawasan sering berlaku banjir dan beberapa isu yang di bangkit oleh wakil GISG.
Tujuan lawatan adalah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan isu yang telah dibangkit oleh wakil GISG berhubung kemudahan-kemudahan di Kawasan Perindustrian Gebeng.